Cara Masyarakat Kristang Melaka Sambut Krismas. Tahukah anda tentang keunikan masyarakat Kristang di Melaka dalam menyambut hari Krismas ? Ikuti perkongsian tentang keunikan sambutan hari Krismas di Malaysia :

Keunikan Hari Natal Di Malaysia


Cara Unik Masyarakat Kristang Sambut Hari Natal Di Melaka

Siapa masyarakat Kristang?  Masyarakat Kristang adalah mereka yang berdarah campuran Portugis dan Melaka. Mereka menyambut Krismas dengan makanan seperti kari debal, bolukuku, feng atau semur.

Uniknya, makanan tradisi tersebut mempunyai campuran rempah-ratus. Ini dipengaruhi sejarah Portugis yang datang ke Melaka suatu masa dahulu bagi tujuan menjalankan perdagangan rempah.

Cara Istimewa Masyarakat Kristang Melaka Sambut Hari Natal

Setiap kali tiba hari Krismas, perkampungan Portugis di Melaka bukan sahaja ada satu malah dua atau tiga pokok Krismas yang dihias di rumah mereka. Dua di dalam, satu di luar rumah.