Resepi Ayam Bakar Kenny Roger Yang Mudah Dan Sedap.  Petang ini saya ingin kongsi satu resipi berkaitan ayam iaitu ayam bakar kenny roger :

Resepi Ayam Bakar Kenny Roger Cara Masak
Resepi Ayam Bakar Kenny Roger


Resepi Ayam Bakar Kenny Roger Yang Best Dan Senang

Bahan-bahan :
  1. Seekor ayam 
  2. Garam dan gula atau madu secukupnya
  3. Sedikit sos cili
  4. Sedikit kicap
  5. Sedikit sos tiram

.
Bahan kisar Ayam Panggang Kenny Roger
  1. Sebatang serai
  2. Empat ulas bawang putih
  3. Lima ulas bawang kecil
  4. Sepuluh tangkai cili padi ( ikut suka nak pedas mana )
  5. Satu inci halia
  6. Satu inci kunyit hidup
  7. Sebiji kiub ayam ( boleh digantikan dengan belacan)
  8. Sedikit minyak (saya pakai olive oil)
  9. Kisarkan semua bahan diatas

Cara Masak Ayam Bakar Kenny Roger

1. Masukkan bahan kisar bersama sos tiram, sos cili, kicap, garam dan gula atau madu. Ratakan pada keseluruhan ayam dan perap selama satu jam ( lagi lama lagi baik )
2. Bakar dalam oven pakai api atas bawah, suhu 200c dalam tempoh masa kira-kira 45 minit ke 1 jam. 

Jangan lupa untuk jaga api sebab kita nak kasi isi ayam tu macam lembab sikit. Kalau anda tidak mahu pakai oven, pemanggang ajaib pun boleh digunakan untuk panggang ayam bakar kenny roger ni.