Resepi Daging Kambing Bakar Sos Black Paper

Resepi Daging Kambing Bakar Sos Blackpaper. Assalamualaikum,  hari ini ada buat makan-makan di rumah mak mertua. Sambut hari ulang tahun perkahwinan mak dan ayah mertua bersama sambutan hari jadi suami dan adik ipar. Jadi, saya punya adalah bahagian masak daging kambing bakar  sos blackpaper.. Gambar bawah sahaja yang sempat saya ambil. Alhamdulillah, selamat semuanya. Ini resipi yang saya buat :

Daging Kambing Resepi
Resepi Daging Kambing

Resepi Perap Kambing

Bahan perapan :

  1. Satu kilogram daging kambing slice
  2. Lima sudu besar sos lada hitam
  3. Tiga sudu besar Sos tiram
  4. Dua sudu sos cili
  5. Segenggam lada hitam
  6. Dua labu bawang putih
  7. Serbuk lada hitam

(Saya tak pakai sukatan pun, main campak-campak je )

Cara Perap Kambing

Cara perapan daging kambing :

1. Basuh dan toskan daging kambing. ( petua bagi hilangkan bau kambing basuh pakai tepung gandum.. Tp saya xbasuh pun sbb suka lg bau kambing tu.
2. Goreng lada hitam bersama bawang putih. Kemudian tumbuk sampai lumat.
3. Campurkan semua bahan-bahan yang telah disediakan dan sapu pada daging kambing sampai rata.
4. Perap lebih kurang tiga puluh minit. Lagi lama lagi sedap.
5. Akhir sekali, bakar atas pan non stick sampai masak

Cara Buat Sos Lada Hitam Daging Kambing

Sila klik untuk :

1. Resepi Sos Lada Hitam Kambing Bakar >
2. Untuk ikuti perkongsian lain-lain resepi   > https://www.facebook.com/resepisimple

Semoga perkongsian tentang resepi bbq kambing diatas dapat memberi anda sedikit manfaat. Jangan lupa untuk kongsikannya dengan mereka yang lain. Terima kasih. 

No comments:

Post a Comment