Cara Beli No Pin UPU. Bagaimana cara membeli no pin upu bagi membolehkan anda membuat permohonan untuk melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi ? Ikuti panduan cara beli no pin upu dengan mudah berikut :

Cara Beli No Pin UPU Di BSN


Cara Beli No Pin UPU Di Kaunter BSN

Bawa mykad dan duit yang mencukupi. Pergi ke cawangan Bank BSN yang berhampiran dengan kawasan anda, 

  1. Ambil nombor giliran
  2. Isi borang deposit ( kalau tak tahu, tanya dengan polis bantuan yang bertugas )
  3. Tunggu giliran anda tiba di ruangan menunggu
  4. Beli atau dapatkan dari pegawai yang bertugas
  5. Simpan resit elok-elok untuk guna masa isi borang upu nanti


Cara Beli No Pin UPU Di Mesin ATM

Cara Beli No Pin Upu Guna Mesin ATM


Pastikan anda sudah memiliki atau pemegang akaun dan kad BSN.
  1. Pergi ke Mesin ATM
  2. Masukkan kad, dan no pin.
  3. Tekan urusan Beli Pin
  4. Pilih Jenis Permohonan IPTA
  5. Pilih Jenis Program IPTA. Misalnya ‘SPM’ atau “STPM”
  6. Masukkan Nombor Kad Pengenalan /My Kad
  7. ‘YA’untuk meneruskan urusan
  8. Semak Maklumat
  9. Tekan setuju
  10. Tunggu resit keluar dan simpan resit untuk rujukan pada masa hadapan.

Diharap perkongsian tentang cara beli no pin upu diatas memberi anda sedikit manfaat. Jangan lupa kongsikan maklumat tersebut dengan kawan-kawan yang lain ya. Terima kasih dan semoga berjaya.