Cara Cuci Mesin Basuh Auto

Cara Cuci Mesin Basuh Auto. Biarpun mesin basuh kita pada luarannya nampak begitu bersih, namun tanpa kita sedar sebenarnya terdapat banyak kotoran di dalam. Apatah lagi jika sudah lama kita menggunakannya dan tidak pernah sekali pun membersihkan kotoran tersebut. Jesteru, perkongsian kali ini adalah tentang cara membersihkan mesin basuh :

Cara Basuh Mesin Basuh Auto
Cara Cuci Mesin Basuh Auto

Cuci Mesin Basuh

Bahan untuk bersihkan mesin basuh :
  1. 200 gram baking soda dan sebotol cuka atau 300 ml.
Cara Basuh Mesin Basuh
  1. Buka penapis yang terdapat pada mesin basuh anda
  2. Cuci  penapis tersebut sampai bersih. 
  3. Kembali pasang penapis tersebut pada mesin basuh
  4. Masukkan baking soda pada tempat sabun
  5. Masukkan cuka. ( Soda tersebut akan mengeluarkan buih yang banyak )
  6. Pilih program tub clean. Water level paling tinggi
  7. Biarkan mesin basuh anda berpusing. Mungkin ambil masa  selama dua jam.
Setelah siap, anda akan dapat melihat hasil keladak degil pada penapis mesin basuh anda. Jika anda tidak tahu dekat mana hendak beli baking soda dalam kuantiti yang banyak, anda mungkin boleh mendapatkannya di kedai kek atau bakery yang terdapat di kawasan anda. Terima kasih.

No comments:

Post a Comment