Cara Hilangkan Bentan Ketika Berpantang Dengan Berkesan. Bagaimana cara untuk merawat bentan selepas bersalin ? Ikuti panduan yang telah saya sediakan dibawah :

Maksud Bentan

Banyak orang yang mengadu terkena bentan semasa masih di dalam pantang selepas bersalin, namun tidak tahu macamana cara untuk mengubatinya.Apa itu bentan? Bentan terjadi akibat si ibu melanggar pantang atau tersalah makan semasa dalam pantang dan menyebabkan si ibu mengalami sakit urat, sejuk-sejuk dan sewaktu dengannya. Jesteru, hari ini saya nak kongsikan petua bagi merawat masalah bentan bersalin.

Cara Redakan Bentan Guna Nasi Biasa Bawang Putih

Orang kita panggil "sushi garlic". Tapi ingat! Jangan guna beras pulut, nanti tak pasal-pasal bentan yang di alami makin mejadi-jadi. Pakai beras nasi biasa.

Bahan Untuk Rawat Bentan :

Petua Legakan Bentan Masa Dalam Pantang


1) Nasi panas (lembik sikit)
2) Beberapa ulas bawang putih.

Petua Pulihkan Bentan Semasa Dalam Pantang Selepas Beranak

Caranya amatlah mudah :

1. Ambil seulas bawang putih, layur atau bakar api tapi jangan jangan sampai rentung, nanti pahit masa nak makan.

Bentan Urat


2. Lepas bakar masukkan seulas yang dah bakar tersebut dalam nasi.

Cara Legakan Bentan Bersalin


3. Kepal-kepalkan.

Bentan Ketika Berpantang



4. Dah siap di kepal-kepal, terus makan perlahan-lahan sampai habis. 

Bentan Masa Berpantang

Jangan bimbang tak rasa apa pun, biasa-biasa saja rasa nasi kepal bawang putih bakar ni. Sebelum makan, jangan lupa ya baca bismillah, selawat serta doa, insyaAllah bentan akan hilang serta berkurangan.

Bantu kami sebarkan maklumat tentang petua bentan selepas bersalin dengan share di laman-laman sosial milik anda atau klik pada simbol g+1 dibawah. Semoga tips bentan diatas memberi anda sedikit manfaat. Terima kasih.