Cara Simpan Lengkuas Tahan Lama Segar Elak Berkulat

Cara Simpan Lengkuas Tahan Lama Kekal Segar Elak Berkulat. Salam ceria semua, saya ingin kongsi satu tips tentang bagaimana cara nak simpan lengkuas agar tahan lama, lembut serta mudah bila hendak dipotong.

Cara Simpan Lengkuas Dengan Betul
Cara Simpan Lengkuas


Petua Simpan Lengkuas Kekal Segar Tahan Lama

Caranya senang saja,  kawan-kawan boleh simpan lebihan lengkuas yang digunakan dalam balang kaca berisi air seperti yang telah saya buat ni ( rujuk gambar atas ). Jangan lupa simpan dalam peti sejuk yer. Hasilnya, lengkuas kekal segar walaupun sudah berbulan-bulan lamanya disimpan.

Tapi kalau kawan-kawan tidak ada botol kaca, dalam tupperware pun boleh digunakan untuk simpan lengkuas ni. Jangan lupa kongsikan rahsia simpan lengkuas ini dengan jiran sebelah rumah okey. Selamat mencuba.

No comments:

Post a Comment