Kek Pandan Bakar

Kek Pandan Bakar. Hampir setengah dari tempahan kek di kedai saya datangnya dari kek span pandan pelangi. Jadi kek ni jika tak mahir buat, jawabnya tutup kedai lah saya. ( Abaikan gambar sebab tu resepi kek pandan kukus, hand phone saya rosak tak boleh ambil gambar ).

Resepi Kek Pandan Mudah
Resepi Kek Pandan Bakar


Resepi Kek Span Pandan Bakar Gebu Simple Mudah

  1. Seratus gram tepung naik sendiri
  2. Enam puluh gram tepung jagung
  3. Seratus gram gula kastor
  4. Lima puluh ml atau satu per empat cawan susu cair atau susu sejat atau full cream ( sejuk)
  5. Lima biji telur ayam gred A
  6. Dua sudu besar ovelet
  7. Satu sudu teh esen vanilla
  8. Satu per empat block butter ( cairkan )

Cara Buat Kek Pandan Bakar

  1. Masukkan kesemua bahan dalam satu bekas kecuali butter yang siap dicairkan
  2. Mixer semua bahan sampai kembang, biar warna kuning bertukar kepada warna putih
  3. Masukkan butter.
  4. Kaub balikkan
  5. Tuang adunan yang disediakan dalam loyang
  6. Bakar dengan suhu 175c selama dua puluh hingga tiga puluh minit
  7. Siap.

No comments:

Post a Comment