Resepi Acar Pisang Gala Simple Best Senang

Resepi Acar Pisang Gala Simple Best Senang. Orang kelantan panggil acar pisang gale, orang johor panggil acar pisang batu, orang terengganu panggil acor pisang galle dan orang kedah panggil acar pisang abu kalau tak silap. Mula-mula rancang ingat nak jual lima ringgit sebekas, tiba tiba encik suami bersuara cakap tak payah jual dan suruh bagi percuma kepada kawan-kawan jiran-jiran dan kenalan. Okey, usul diterima, pagi esok kita bungkus siap-siap dan bagi secara random.

Acar Pisang Gala Simple
Acar Pisang Gala Simple


Resepi Acar Masak Pisang Gala Mudah Sedap

Bahan :

  1. Pisang Gala Muda ( Yang tua tak boleh, sebab dah banyak biji )
  2. Bawang putih
  3. Bawang Kecik
  4. Bawang Besar
  5. Cili Boh
  6. Lada besar
  7. Cuka
  8. Garam
  9. Gula

Cara Buat Acar Pisang Galle

  1. Ambil pisang dan celur dalam air untuk buang rasa pahit ( asingkan )
  2. Masukkan minyak sikit, cili boh, bawang putih, bawang kecik dan halia yang telah di kisar
  3. Goreng sampai naik bau, kemudian masukkan air
  4. Masukkan cuka, garam dan gula secukup rasa
  5. Masukkan pisang yang sudah dicelur tadi
  6. Tabur lada dan bawang besar yang dah dipotong

Siap. Masak jangan lama sangat, nanti hancur. Diharap perkongsian mengenai resepi acar pisang diatas dapat membantu anda menyediakan makanan terbaik buat keluarga. Jangan lupa kongsikannya dengan mereka yang lain. Terima kasih.

No comments:

Post a Comment