Resepi Apam Pisang Kukus Sukatan Cawan Gebu Sedap

Resepi Apam Pisang Kukus Sukatan Cawan Gebu Sedap. Pertama kali buat apam pisang kukus yang tengah viral  ni . Itu pun hasil tunjuk ajar dari kakak angkat saya. Anak-anak bukan main suka lembut dan best katanya. Ini resepinya :

Resepi Apam Pisang Gebu
Resepi Apam Pisang


Apam Pisang Kukus Sukatan Cawan Lembut Simple Senang
  1. Gandum  2 cawan
  2. Minyak 1 cawan
  3. Pisang lenyek 1 cawan (pisang berangan)
  4. Soda bikabonat 2 sudu kecil
  5. Baking powder 2 sudu kecil
  6. Telur 3 biji
  7. Gula 1 cawan

Cara Buat Apam Pisang Kukus Sukatan Cawan Yang Gebu

  1. Mixer telur gula dan minyak dulu sekejap
  2. Selepas itu masukkan pisang dan gandum ( gandum ayak dulu dengan soda dan baking )
  3. Kemudian kukus
  4. Siap dah boleh makan.
Selamat mencuba. Eh, lupa nak bagitahu yang resepi kek pisang gebu yang saya kongsikan dekat atas dapat  28 hingga 30 biji menggunakan acuan yang saya guna tu ye kawan-kawan. Satu lagi, jangan lupa like page https://www.facebook.com/resepisimple untuk perkongsian resepi menarik yang lain.

> Resepi Apam Polkadot Sukatan Cawan Gebu Lembut Sedap

No comments:

Post a Comment