Resepi Ayam Masak Kicap Simple Dan Sedap

Resepi Ayam Masak Kicap Simple Dan Sedap.  Sesiapa yang nak buat ayam masak kicap, boleh cuba resepi ayam masak kicap saya ni, bukan nak puji diri sendiri tapi memang senang dan best sangat.

Ayam Masak Kicap Simple


Resepi Ayam Masak Kicap Sedap

Bahan untuk buat ayam masak kicap :
  1. Ayam
  2. Satu senduk air (pakai air rebusan ayam pun boleh )
  3. Halia sebesar ibu jari
  4. Lima ulas bawang putih
  5. Sebiji bawang besar (Hiasan)
  6. Dua batang cili hidup (saya suka pakai cili padi) kalau nak pedas.
  7. Kicap manis
  8. Garam dan serbuk pati ayam

Cara Buat Ayam Masak Kicap

  1. Memula tumis halia and bawang putih sampai naik bau jangan biar sampai hangus tau. 
  2. Lepas tu letak air dan kicap ikut berapa banyak awak nak, biar seimbang tak manis tak tawar.
  3. Kemudian tunggu mendidih terus masukkan ayam. 
  4. Letakkan serbuk pati ayam dan garam secukup rasa. 
  5. Kemudian letakkan bawang besar and cili hidup. 
  6. Biarkan sekejap untuk beberapa minit
  7.  Siap untuk dimakan.

Kalau kawan-kawan nak lagi sedap, boleh letak kentang yang dah di potong kepada 4 bahagian ( rebus bersama ayam ) dan kalau kurang manis, tambah gula sikit. Selamat mencuba.

No comments:

Post a Comment

×