Resepi Bubur Som Som Sukatan Cawan

Resepi Bubur Som Som Sukatan Cawan Simple.  Hujung minggu lepas, saya ada buat bubur som som kukus yang mudah dan menggunakan sukatan cawan. Anak dan suami puji bukan main diaorang cakap lembut, lemak dan best. Resepi bubur sumsum sukatan cawan yang saya guna ada kat bawah ye kawan-kawan.

Bubur Som Som Sukatan Cawan
Bubur Som Som



Resepi Bubur Som som Sukatan Cawan Sedap Mudah

Bahan  untuk resepi bubur som som sedap :

  1. Setengah cawan tepung Beras
  2. Setengah cawan Tepung Jagung (boleh juga pakai tepung beras sepenuhnya)
  3. Empat cawan Santan (saya guna 1 cawan santan pekat ditambah dengan 3 cawan air. Kalau nak lebih lemak boleh lebihkan santan lagi)
  4. Garam sesedap rasa
  5. Perasa Pandan 
  6. Pewarna Hijau


Cara Buat Bubur Sumsum Tepung Beras

Cara cara membuat bubur som som :

  1. Campurkan semua bahan.
  2. Tapiskan dalam periuk kacau atas api sampai likat dan meletup letup sikit. 
  3. Tuang dalam bekas,sejukkan. 
  4. Hidangkan dengan air gula merah.
  5. Siap
Ini facebook https://www.facebook.com/resepisimple kami kalau ada sesiapa yang nak ikuti perkongsian tentang bermacam lagi resepi lain. Selamat mencuba dan terima kasih semua.

No comments:

Post a Comment

×