Resepi Bunga Kantan Goreng Pedas Simple Sedap

Resepi Bunga Kantan Goreng Pedas Simple Sedap. Pagi ni kita masakkan lauk kegemaran encik suami iaitu bunga kantan goreng pedas. Macam pelik aje bunyinya kan namun ya saya gunakan bunga kantan. Biasanya bunga kantan akan digunakan untuk masak laksa ataupun asam pedas tapi kali ini kita kasi goreng bunga kantan.

Resepi Bunga Kantan Goreng Pedas
Bunga Kantan Goreng Pedas


Resepi Bunga Kantan Goreng Yang Mudah Dan Senang

Bahan untuk masak bunga kantan goreng :

  1. Ikan bilis
  2. Bawang besar dan bawang putih
  3. Cili padi
  4. Garam atau kuib pati ikan bilis ( jika letak kiub pati ikan bilis, garam tak payah letak nanti masin )
  5. Bunga kantan

Cara Buat Bunga Kantan Goreng Pedas

  1. Mula-mula goreng ikan bilis, ikut banyak mana kita suka.
  2. Tumis bawang putih dan besar yang dipotong dadu serta cili padi hiris. ( kalau suka pedas lebihkan cili padi )
  3. Apabila bawangnya dah nampak layu sedikit masukkan garam atau kiub pati ikan bilis
  4. Kemudian, masukkan bunga kantan yang telah dirampai  
  5. Akhir sekali, masukkan ikan bilis tadi yang telah ditumbuk kasar 
  6. Gaul sampai sebati dan boleh dihidangkan
Kata suami, bunga kantan goreng enak dimakan dengan nasi panas atau bubur, sebagai pembuka selera. Selamat mencuba.

No comments:

Post a Comment