Resepi Daging Burger Homemade Yang Simple Dan Mudah. Malam ini saya nak kongsikan resepi daging burger home made. Sesuai bagi ibu-ibu yang sibuk bekerja.Dan yang paling penting, resepi daging burger ini sihat dan tidak menggunakan apa-apa perasa tambahan. Semua kita guna bahan semulajadi.

Daging Burger Homemade Resepi Cara Buat
Resepi Daging Burger Homemade

Bahan Buat Burger Daging Sendiri Di Rumah

  1. Dua bji telur
  2. Sesudu makn salted butter
  3. Sebiji bawang holland saiz kecil. Jika saiz besar guna separuh sahaja
  4. Sesudu teh serbuk lada hitam ( black paper )
  5. Sesudu teh mixed herbs
  6. Lima ratus gram daging lembu atau ayam yang sudah dipotong kecil


Cara Buat Daging Burger Ramly

1. Kisar telur smpai berbuih.
2. Masukkn butter, bawang holand, black pepper sserta mixed herbs. Kisarkan lagi
3. Masukkan daging. Kisarkan lagi.
4. Keluarkan dari pengisar dan masuk dalam acuan untuk bentukkan.
5. Terdapat 2 pilihan untuk langkah ini :
  • Terus masukkan daging yang di bentuk tadi ke dlm freezer (dalam setengah jam hingga sejam). Apabila sudah keras sikit, boleh ambil dan bungkus kan untuk dsimpan. Atau ;

  • kukus dahulu sekejap dalam setengah minit (sekadar untuk bagi daging lekatkan dengan elok, jika kukus telalu lama daging akan kurang berjus apabila kita masak nanti). Kemudian boleh trus bungkus untuk frozenkan.
Opss sebelum terlupa, sila lapikkan guna plastik yang di sapu dengan minyak masak sebelum bentukkan daging burger, bimbang ianya melekat semasa kita nak ambil bagi tujuan kukus atau masuk direct freezer.