Resepi Fish Ball. Salam. Fish ball adalah salah satu produk makanan yang pasti disukai ramai, lebih-lebih lagi fish ball yang bersifat kenyal. Namun tanpa kita sedar, majoriti produk fish ball yang terjual di pasaraya dihasilkan oleh orang bukan islam. Peralatan dan bahan-bahan yang digunakan dalam membuat fish ball kita sendiri tidak tahu samaada ianya bersih dan halal. Jadi, hari ini saya hendak kongsikan cara membuat fish ball secara homemade yang sedap dan kenyal.

Resepi Fish Ball Homemade Yang Kenyal
Resepi Fish Ball


Resepi Fish Ball  Homemade

Bahan untuk buat fish ball sendiri :

Resepi Fish Ball Mudah
Resepi Fish Ball Sup

  1. Tiga ratus gram ikan tenggiri atau "yellow fish tail" (paling sesuai) isi nya putih dan segar
  2. Dua sudu kecil tepung jagung.
  3. Setengah sudu kecil lada sulah
  4. Garam secukup rasa.
  5. Suku hingga setengah cawan air sejuk ( bukan air masak/ kosong ) dalam peti ais.
Cara Buat Fish Ball Bebola Ikan Sendiri

1. Kikis isi ikan pakai sudu seramik ( sudu besi tak pernah cuba, tok guru cina ajar pakai sudu seramik )

Resepi Fish Ball Simple

2. Ambil isi ikan sahaja dan kisar sampai lumat.

Resepi Fishball


3. Masukkan tepung jagung, garam dan lada sulah.

Resepi Bebola Ikan

4. Kisar sampai sebati.
5. Masukkan air sejuk ( adunan mesti macam nak buat cucur, tak likat dan tak lembik sangat ).

Resepi Bebola Ikan Tenggiri


6. Keluarkan adunan dan letak dalam besen kecil. Ambil sikit-sikit dan baling adunan tersebut dalam bekas yang digunakan. Ulang sampai adunan bebola ikan anda terasa kenyal, berkilat dan licin.

Resepi Bebola Ikan Mudah


7. Ambil adunan sikit pakai ibu jari dengan jari telunjuk dan keluarkan fish ball anda menerusi dua jari tersebut. (rujuk gambar).

Resepi Bebola Ikan Simple



8. Ambil fish ball tersebut pakai sudu dan letak dalam bekas yang di isi air yang telah dicampur dengan satu sudu garam.
9. Rendam dan biarkan selama 15 minit.
Resepi Bebola Ikan Mudah


10. Selepas llima belas minit, rebus dalam air mendidih

Resepi Bebola Ikan Tenggiri

11. Angkat selepas fish ball terapung atau masak

Resepi Fish Ball Kenyal

12. Siap fish ball yang anda buat sendiri. Kenyal gitu.

Resepi Bebola Ikan Kenyal


Selamat mencuba. Di post yang seterusnya dan ada masa terluang, saya akan update pasal resepi bebola ikan kembung. Sabar ya. Diharap perkongsian mengenai resepi fishball diatas dapat memberi anda sedikit manfaat. Jangan lupa bantu kami sebarkan tentang cara buat fish ball di rumah dengan kawan-kawan yang lain atau klik pada simbol g+1 dibawah. Terima kasih.