Resepi Kek Marble Susu. Kek marble simple dan gebu. Terima kasih kepada yang sudi kongsikan kepada saya resepi kek marble susu yang lembut dan mudah ini.

Resepi Kek Marble Gebu
Kek Marble Gebu


Resepi Kek Marble Pelangi Sukatan Cawan


  1. Tiga biji telur
  2. Satu cawan majerin
  3. Satu cawan gula castur atau gula halus
  4. Dua cawan tepung gandum (kalau guna tepung naik sendiri tak perlu guna baking powder)
  5. Dua sudu besar susu pekat manis
  6. Satu sudu makan baking powder
  7. Satu sudu kecil esen vanila
  8. Perwarna ikut suka

Cara Buat Kek Marble Susu

  1. Mix majerin dengan gula hingga kembang.
  2. Selepas itu, masukkan telur satu persatu.
  3. Mix lagi adunan sampai kembang.
  4. Masukkan esen vanila serta susu pekat. Kacau sampai sebati.
  5. Masukkan tepung yang telah di ayak bersama baking powder (kaup balik)
  6. Bahagikan pada dua atau tiga bahagian
  7. Letak pewarna yang anda gemari .
  8. Tuangkan ke dalam loyang yang telah disapu majerin serta di alas dengan kertas.
  9. Tuangkan satu persatu warna mengikut citarasa.
  10. Bakar selama empat puluh minit menggunakan suhu 160 darjah atau sampai masak

Siap dan selamat menjamu selera.