Resepi Kek Pisang Bakar Sukatan Cawan Mudah Gebu

Resepi Kek Pisang Bakar Sukatan Cawan Mudah Gebu. Resepi kek pisang bakar saya ini tak payah guna mixer.Pakai whisk je. Orang kata kek pisang yang seksi itu apabila kek itu merekah.

Resepi Kek Pisang Bakar Sukatan Cawan Mudah Gebu
Cara Buat Kek Pisang Bakar


Resepi Kek Pisang Bakar Sukatan Cawan Simple Sedap

Bahan dan cara membuat kek pisang bakar :

  1. Satu cawan minyak masak
  2. Tiga per empat cawan gula (brown sugar lagi sedap)
  3. Empat biji telur A
  4. Suku sudu teh garam


Pukul sampai sebati bahan-bahan diatas.

Dan masukkan pula,


  1. Satu sudu teh soda bikarbonat
  2. Satu sudu teh baking powder
  3. Setengah sudu teh esen vanila
  4. Suku sudu teh esen pisang (optional)
  5. Satu setengah cawan tepung gandum


Kacau sampai rata.

Akhir sekali,

  1. Masukkan satu cawan pisang yang telah dilenyek.
  2. Bakar 170°C setengah jam yang pertama dan 150°C bagi setengah jam kedua.


Kalau nak hias, hiris siap-siap pisang macam saya buat kat dalam gambar tu dan susun kat atas adunan sebelum masuk oven atau bakar. Saya pakai loaf pan saiz 11", jadinya masa membakar jadi 1 jam 15 minit. Selamat mencuba.

> Resepi Kek Pisang Kukus Sukatan Cawan

No comments:

Post a Comment