Resepi Kek Span Vanilla Sukatan Cawan. Masa petang-petang kek inilah menjadi pilihan saya dan keluarga, ada yang panggil kek span, kek sarang semut dan kek gula hangus. Entah mana satu nama yang betul tapi tak kisah lah mana-mana pun, asalkan sedap sudah. Resepi yang saya guna ada saya kongsikan kat bawah :

Resepi Kek Span Sedap
Resepi Kek Span Mudah Dan Simple


Kek Span Sukatan Cawan

  1. Satu cawan gula pasir 
  2. Satu cawan air panas 
  3. 2 sudu besar butter 
  4. Empat biji telur 
  5. Setengah cawan susu pekat
  6. Satu cawan tepung gandum
  7. Satu sudu kecil baking powder
  8. Dua sudu kecil soda bikarbonat

Cara Buat Kek Span

  1. Masak gula dalam periuk sampai warna bertukar keperang-perangan dengan skala api yang kecil ( jangan terlalu coklat sebab nanti kek span akan rasa pahit )
  2. Selepas itu, masukkan air panas dengan berhati-hati
  3. Masukkan butter sampai cair kemudian biarkan sejuk. Jika nak cepat sejuk letak masukkan ke dalam peti sejuk.
  4. Mixer  telur sampai mengembang 
  5. Tambahkan esens vanila.
  6. Jika adunan sudah kembang masukkan pula susu pekat
  7. Kemudian campur adunan tepung yang sudah di campur dengan baking soda dan baking powder.
  8. Pastikan gula karamel tadi betul-betul sejuk, baru masukkan ke dalam adunan yang di mixer sebentar tadi.
  9. Biarkan atau perap selama dua jam dan keatas. Jangan lupa tutup pakai kain.
  10. Akhir, kukus selama satu jam