Resepi Kerepek Ketam Sedap Simple Rangup Crispy Senang

Resepi Kerepek Ketam Sedap Simple Rangup Crispy Senang. Semalam saya pergi pancing ketam, tapi pancing dekat pasaraya je la. Nak pancing betul-betul tak ambil kursus lagi.  Jom saya kongsikan resepi masak ketam yang sedap.

Resepi Kerepek Ketam Simple
Resepi Kerepek Ketam Sedap


Resepi Kerepek Ketam Simple Mudah Crispy Rangup Best


Bahan untuk buat kerepek ketam :


  1. Satu paket isi ketam
  2. Lima tangkai daun kari
  3. Satu setengah cawan tepung jagung
  4. Satu sudu besar serbuk kari
  5. Serbuk perasa secukupnya

Cara Buat Kerepek Ketam


  1. Nyah bekukan dahulu isi ketam dan toskan.
  2. Setiap batang isi ketam dipotong halus macam jejari.
  3. Masukkan daun kari,tepung jagung, serbuk kari,dan bahan perasa,dan kacau sampai rata
  4. Masukkan isi ketam yang telah dipotong tadi ke dalam adunan dan gaul rata dengan perlahan-lahan
  5. Perap sekejap untuk sebatikan semua bahan.

Panaskan minyak,dan goreng sampai betukar warna kekuningan dan toskan. Bila dah sejuk, simpan dalam bekas yang kedap udara.

No comments:

Post a Comment