Resepi Keropok Lekor Terengganu Sedap Simple Mudah Original

Resepi Keropok Lekor Terengganu Sedap Simple Mudah Original. Keropok lekor bukit tok beng, keropok lekor kemaman, keropok lekor dungun, keropok lekor losong, dan lain-lain pengusaha keropok lekor di Terengganu. Sememangnya negeri Terengganu adalah sebuah negeri yang terkenal dengan keropok lekor yang lembut, sedap dan rangup. Minum petang saya hari ini adalah keropok lekor homemade buatan air tangan saya sendiri :

Keropok Lekor Terengganu
Resepi Keropok Lekor Terengganu


Resepi Keropok Lekor Rangup Lembut Asli Senang

  1. Satu kilogram ikan selayang
  2. Satu setengah cawan tepung sagu / ubi kayu
  3. Dua sudu kecil garam
  4. Sedikit ajinamoto
  5. Dua sudu kecil baking powder


Cara Buat Keropok Lekor Losong

  1. Kisar isi ikan sampai halus
  2. Gaul semua bahan hingga rata dan sebati
  3. Uli kecil sampai habis..sya buat ni dpt dlm 35pcs..
  4. Rebus ke dalam air yang telah dicampurkan dengan dua sudu makan minyak dan sedikit garam
  5. Bila keropok sudah timbul, angkat dan toskan.
  6. Biarkan sejuk seketika sebelum mula menggoreng goreng.

No comments:

Post a Comment