Resepi Kuih Bom Sukatan Cawan

Resepi Kuih Bom Sukatan Cawan. Sarapan pagi saya dan keluarga, kuih bom atau kuih bijan.  Senang je nak buat kuih bom, saya pakai sukatan cawan. Sesapa yang nak resepi kuih bijan atau bom yang saya guna, boleh ambil kat bawah ye :

Resepi Kuih Bom Sukatan Cawan Mudah Sedap Simple
Resepi Kuih Bom Sedap


Resepi Kuih Bom Sukatan Cawan Mudah Sedap Simple

Bahan untuk buat kuih bom :

  1. Dua cawan ubi keledek yang sudah direbus dan dilenyek.
  2. Setengah cawan tepung gandum
  3. Suku cawan tepung pulut
  4. Bijan

Cara Buat Kuih Bom Bijan
  1. Campurkan semua bahan yang telah disebut diatas ( kecuali bijan ) dan uli sebati
  2. Bila dah sebati, isikan inti kegemaran anda
  3. Gentel bulat-bulat dan taburkan atau golekkan atas bijan
  4. Dan, susun atas talam.
Bila dah banyak, panaskan minyak dan goreng kuih bom sampai masak. Selamat mencuba.

No comments:

Post a Comment