Resepi Kuih Lompang Sukatan Cawan

Resepi Kuih Lompang Pandan Sukatan Cawan. Kalau kawan-kawan ada masa terluang boleh cuba buat Kuih Lompang Warna Warni Malaysia yang sedap, simple, ringkas, dan senang ni. Tambah-tambah kalau pekena kuih lompang dengan air kopi gula panas, best woo.

Resepi Kuih Lompang Simple
Resepi Kuih Lompang Sedap


Resepi Kuih Lompang Mudah Sukatan Cawan

  1. Satu setengah cawan tepung beras (cap 3 gajah sahaja, Cap lain tak jadi )
  2. Satu sudu besar tepung ubi
  3. Dua cawan air
  4. Suku cawan gula pasir
  5. Satu sudu kecil air kapur
  6. Pewarna
  7. Kelapa parut ( gaul bersama garam secukup rasa dan kukus sebentar untuk elak cepat basi )

Cara Buat Kuih Lompang

Campur semua bahan dan kacau sampai sebati. Bahagikan kepada beberapa bahagian untuk warna yang berlainan. Jika nak lebih sedap, untuk warna kuning gunakan perasa jagung, hijau perisa pandan, merah perasa sirap ros dan ungu perasa keladi. Kukus selama 10 minit sahaja. Tunggu sejuk baru keluarkan dari acuan. Letak kelapa parut yang dah digaul dengan garam pada bahagian atas. Siap.

> Resepi Bubur Biji Nangka Warna Warni

No comments:

Post a Comment