Resepi Lasagna Cheese Daging Sedap

Resepi Lasagna Cheese Daging Sedap.  Kadang-kadang saya jadikan roti lasagna cheese ni sebagai menu untuk makan tengahari atau makan malam sebab bukan saja best tapi mengenyangkan perut.Bagi kawan-kawan yang nak cuba buat roti lasagna cheese ni, resepi kat bawah ya :

Resepi Lasagna Sedap
Resepi Lasagna Cheese


Resepi Lasagna Cheese Simple

Resepi Lasagna Cheese Ringkas


Resepi Lasagna Daging

Bahan-bahan untuk buat lasagna cheese sedap :

  1. Dua belas keping roti
  2. Tiga biji telur
  3. Dua ratus ml susu segar
  4. Lapan keping cheese keping
  5. Satu cawan Mozzarella cheese (diparut)
  6. Satu cekak daun sup
  7. Satu biji cili merah (dihiris)
  8. Empat sudu besar sos lada hitam
  9. Empat sudu besar sos tomato
  10. Tiga ratus gram daging cincang
  11. Tiga ulas bawang putih (dicincang)
  12. Satu biji bawang besar (dicincang)
  13. Satu cubit garam dan gula


Cara Buat Inti Daging Roti Lasagna

Resepi Lasagna Daging


1. Panaskan minyak. Tumis bawang merah dan putih sampai bau naik.
2. Masukkan daging, masak sampai daging empuk.
3. Masukkan sos lada hitam, sos tomato serta sedikit air.
4. Perisakan dengan gula dan garam secukup rasa.
5. Masukkan cili merah dan daun sup.
6. Masak sampai daging masak dan kering. Biar inti daging sejuk.

Cara Buat Lasagna Cheese Mudah

Resepi Lasagna Sedap


1. Ratakan keseluruhan bekas dengan butter.
2. Pukul telur bersama susu sampai sebati.
3. Celup roti ke dalam adunan susu dengan telur tadi
susun dalam bekas sampai penuh.
4. Tuangkan separuh dari inti tadi ke atas roti dan ratakan.
5. Susun slice cheese ke atas daging.
6. Ulangi dan tambah lagi satu lapis roti dan inti daging.
7. Akhir sekali, tabur grated Mozzarella pada permukaan atas.
8. Kalau ada lebihan telur, siram pada atas roti.

Bakar dalam oven pakai suhu 180C selama 40 minit atau sampai masak. Selamat mencuba.

No comments:

Post a Comment

×