Resepi Popia Cheese Rangup. Projek minum petang sempena Hari Wilayah. Popia cheese rangup bersama sosej dan ketam yang simple dan sedap. Syukur, 50 keping panjang pendek berjaya disiapkan.
![]() |
Resepi Guna Kulit Popia |
Resepi Popia Cheese Sedap Dan Mudah
Bahan Buat Popia Cheese :
- Kulit popia
- Kepingan cheese
- Sosej
- Ketam
- Sedikit bancuhan tepung
- Sayuran pilihan jika suka
Cara Buat Popia Goreng
- Potong kepingan cheese, sosei dan ketam kepada beberapa bahagian
- Susun di atas kulit popia
- Gulung dan letakkan bancuhan tepung sebagai gam
- Boleh difrozenkan dan goreng bila nak makan.
Selamat menjamu selera. Kepada kawan-kawan yang nak cuba buat popia cendawan cheese boleh klik pada pautan yang saya kongsi sebelah Resepi Popia Cendawan Cheese Rangup. Terima kasih.
No comments:
Post a Comment