Resepi Puding Roti Mudah Sedap Simple Ringkas Senang. Di rumah saya, amatlah jarang roti gardenia habis dimakan begitu sahaja. Jika tak buat sandwich telur hancur atau puding roti caramel memang tak laku lah. Akhirnya, masuk dalam tong sampah. Tak baik dan membazir sangat rasa.

Puding Roti Sedap
Puding Roti Mudah Sedap


Resepi Puding Roti Karamel Mudah Sedap Sukatan Cawan

  1. Tiga atau empat keping roti
  2. Tiga biji telur ayam saiz besar
  3. Satu cawan susu cair
  4. Satu cawan air msk
  5. Tiga per empat cawan susu pekat
  6. Satu sudu teh esen vanila
  7. Secubit garam
  8. Serbuk koko sikit ( kalau ada, kalau takde tak payah la )

Cara Buat Puding Roti Kukus

  1. Carik-carikkan roti  dan masukkan semua bahan ke dalam blender,  kisar ssampai halus atau berbuih.
  2. Masak air gula bagi perang ( tiga sudu besar gula pasir bersama dua hingga tiga senduk kecik air). Kacau hingga jadi perang  dan tutup api.


Tuang bahan yang dah kisar ke dalam loyang gula hangus tadi dan kukus dalam masa 45 minit, cuba cucuk kalau tak melekat maknanya okey lah tu. Sejukkan  dan siap sedia untuk di makan. Selamat mencuba