Resepi Salted Caramel Source Simple Sedap Mudah Senang Best. Kebetulan saya ni penjual brownies dan akan belajar apa-apa yang sewaktu dengan brownies menerusi internet. Syukur sangat sebab saya buat caramel salt menjadi pagi tadi. Jadi , saya nak kongsikan resepi salt karamel sukatan cawan kepada kawan-kawan yang ingin membuat salt caramel.

Salted Caramel Source
Salted Caramel Source Simple Sukatan Cawan


Resepi Salt Caramel Sauce Sukatan Cawan

 Bahan untuk buat salt caramel :

  1. Suku cawan air
  2. Satu cawan soft brown sugar
  3. Seratus gram butter
  4. Setengah cawan whipping cream
  5. Satu sudu teh esen vanilla
  6. Satu sudu teh garam


Cara  Buat Karamel
  1. Didihkan air dan masukkan soft brown sugar. 
  2. Kacau sampai larut. 
  3. Pastikan soft brown sugar larut sepenuhnya.
  4. Perlahankan api dan masukkan butter secara perlahan-lahan. 
  5. Kacau sampai betul-betul cair.
  6. Selepas itu, masukkan esen vanilla
  7. Masukkan whipping cream
  8. Kacau sampai sebati. 
  9. Tambahkan sedikit garam.


Sekarang, sudah siap, padamkan api serta biarkan sos salt caramel seketika. Kemudian bolehlah dipindahkan ke dalam bekas yang telah anda sediakan.