Resepi Sate Ayam Sedap Simple Mudah Best Senang

Resepi Sate Ayam Sedap Simple Mudah Best Senang. Teringin nak makan sate Kajang, tapi apakan daya beribu batu jaraknya dari tempat saya. Jadi saya mesej cik abang suruh beli bahan untuk buat sate ayam. Cik abang saya cakap sedap, lembut dan jimat sangat sebab bahan yang dia beli tadi tak sampai rm20 tapi dapat 100 cucuk sate. Esok-esok kalau ada orang datang rumah boleh lah buat lagi dia pesan.

Resepi Sate Ayam Mudah
Sate Ayam Sedap

Resepi Satay Ayam Simple Senang Sedap Lembut Mudah


  1. Seekor ayam
  2. Enam biji bawang besar
  3. Enam batang serai
  4. Setengah inchi halia
  5. Setengah inchi lengkuas
  6. Sesudu teh jintan manis
  7. Sesudu teh ketumbar
  8. Kunyit debu
  9. Secawan gula
  10. Sesudu garam

Cara Perap Sate Ayam

  1. Kisar semua sekali bahan diatas
  2. Masukkan ke dalam bekas yang anda sediakan
  3. Masukkan isi ayam yang telah anda potong dadu
  4. Gaul sampai sebati
  5. Perap dalam masa setengah jam dan keatas.

Bila dah siap perap, cucuk lah kat batang sate dan bakar. Resepi kuah sate ayam nanti saya akan kongsi kalau ada masa terluang. Salam.

> Resepi Kuah Kacang Mudah Sedap Simple Special

No comments:

Post a Comment