Resepi Sotong Sumbat Telur Mudah Simple Sedap

Resepi Sambal Tumis Sotong Sumbat Telur Mudah Sedap. Tak sia-sia saya melabuhkan mata candat sotong di pasar tadi. Bolehlah kami sekeluarga menjamu lauk sambal sotong sumbat telur masa makan tengahari sekejap lagi. Mudah dan ringkas je nak buat sotong sumbat telur ni :

Resepi Sotong Sumbat Telur
Sotong Sumbat Telur


Resepi Sotong Sumbat Telur Sedap Ringkas Senang Best


Bahan untuk sumbat dalam sotong :
  1. Empat biji telur
  2. Tiga atau empat ekor udang ( yang telah dicincang )
  3. Satu biji merah ( yang telah dicincang )
  4. Satu biji cili merah ( yang telah dicincang )
  5. Dua helai daun bawang ( yang telah dicincang )
  6. Lada hitam dan garam sesedap rasa

Sotong Sumbat Sambal Telur
  1. Campurkan kesemua bahan
  2. Gaul hingga sebati serta goreng kan separuh masak
  3. Dah siap, biarkan sejuk baru sumbat dalam sotong
  4. Asingkan seketika

Resepi Sambal Sotong Sumbat Telur

Bahan untuk sambal sotong :
  1. Bawang merah ( kisar )
  2. Bawang putih ( kisar )
  3. Dua batang serai ( kisar )
  4. Cili bo
  5. Dua sudu besar sos tiram
  6. Gula dan garam secukup rasa

Sambal Sotong Sumbat Telur

  1. Panaskan minyak dan tumis semua bahan yang bertanda kisar dengan cili bo.
  2. Biar sampai garing dan pecah minyak.
  3. Apabila sudah pecah minyak, masukkan dua sudu sos tiram
  4. Masukkan garam dan gula sesedap rasa.

Cara Buat Sotong Sumbat Telur
  1. Bila sambal dah pekat, masukkan sotong sumbat yang anda asingkan tadi
  2. Goreng sampai masak.
Bila sotong dah masak, masukkan dalam pinggan untuk dihidangkan kepada ahli keluarga. Jangan makan sorang-sorang tau, tak baik. Selamat mencuba.

No comments:

Post a Comment

×