Resepi Telur Pindang Kuantiti Kenduri Tiga Puluh Biji.Susahkan nak dapatkan telur pindang ni, kadang-kadang terpaksa minta simpati pada sahabat yang pergi kenduri kahwin barulah dapat merasa. Jadi, sesiapa yang nak buat telur pindang dalam kuantiti 30 biji, jom tengok resepi telur pindang dibawah :

Resepi Telur Pindang Cara Masak
Resepi Telur Pindang


Resepi Telur Pindang Simple Ringkas Warisan Johor
  1. Telur 30 Biji
  2. Daun senduduk,
  3. Daun manggis,
  4. Daun serai,
  5. Daun jambu,
  6. Kulit bwang,
  7. Ketumbar,
  8. Jintan putih
  9. Jintan manis
  10. Ketumbar
  11. Garam
  12. Kicap pekat(warna),
  13. Asam Jawa

Cara Masak Telur Pindang

1. Susun separuh daun-daun dalam periuk
2. Letak telur
3. Tutup balik guna daun-daun yang selebihnya
4. Letak garam,rempah,kicap, asam jawa
5. Masukkan air dan rebus dengan api perlahan
6. Rebus sehari semalam dan pastikan untuk tambah air agar tidak kering.

Resepi telur pindang diatas merupakan kiriman daripada seorang sahabat. Telur Pindang sangat popular semasa kenduri orang melayu khususnya di negeri Johor. Telur pindang bukan sahaja diminati oleh segenap lapisan masyarakat tetapi turut mempunyai khasiat dan rasa yang tersendiri hasil daripada daun-daun herba yang digunakan semasa proses memasak telur pindang. Dan, telur pindang juga mampu bertahan sehingga dua minggu.