Cara Membuat Ikan Pekasam. Ikan pekasam sudah menjadi makanan ruji bagi saya sekeluarga. Hinggakan kami adik beradik boleh ratah dengan air kopi seperti makan ayam kfc. Resepi ikan pekasam warisan dan turun temurun keluarga saya. Ibu ada juga buat ikan pekasam untuk jual secara sampingan walaupun untung tidak seberapa. Permintaan ikan pekasam tidak menentu namun  terdapat pelanggan tetap. Kebanyakan maklum balas yang diterima pun positif, pelanggan cakap rasa ikan pekasam yang ibu buat sedap, masam dan masin dia seimbang. Goreng pun cantik dan tidak hancur.

Cara Buat Ikan Pekasam
Cara Membuat Ikan Pekasam


Resepi Ikan Pekasam Sedap Mudah Simple Senang Ringkas

1. Ikan darat atau ikan laut

  • Kebanyakan orang buat ikan air tawar. Jika nak buat ikan laut  boleh juga. Ibu cakap kalau ikan laut ikan gelama sedap buat ikan pekasam.  Apa yang paling penting dalam proses membuat ikan pekasam adalah ikan yang digunakan hendaklah di cuci dengan sebersih bersihnya terutama perut ikan. Selain untuk menjaga kebersihan, ianya juga bertujuan untuk mengelakkan ikan mudah di hurungi lalat.

2. Beras

  • Beras disangai tanpa minyak sehingga warna bertukar perang tapi jangan sampai hangus. Kemudian, kisar kering.

3. Garam kasar atau garam halus

  • Sukatan sekilogram ikan, seratus gram garam

Cara Buat Ikan Pekasam

  1. Gaul sebati beras yang telah disangai bersama garam.
  2. Taburkan atas ikan dan ratakan. Lagi banyak lagi sedap sebab nanti beras akan jadi serbuk bila digoreng.
  3. Masukkan dan susun dalam bekas tertutup kemas untuk elak lalat masuk. Kalau lalat masuk dan bertelur habis rosak semua ikan pekasam.
  4. Simpan pada tempat yang selamat. Lebih kurang seminggu sudah boleh dimakan.

Resepi Ikan Pekasam Goreng

Resepi Ikan Pekasam Goreng
Ikan Pekasam Goreng


Cara masak pekasam goreng yang saya kongsikan ini bukan terhad kepada ikan pekasam sahaja tetapi daging pekasam, dan ayam pekasam juga :
  1. Pekasam ikan atau ayam atau daging
  2. Lima tangkai cili kering yang di potong kecil-kecil
  3. Dua atau tiga biji cili hijau  yang dibelah kepada dua bahagian
  4. Bawang merah dan bawang putih yang di mayang halus
  5. Limau kasturi

Cara Buat Ikan Pekasam Goreng

  1. Goreng ikan pekasam guna api sderhana..
  2. Agak setengah masak, masukan bahan-bahan di atas kecuali limau kasturi.

Apabila ikan pekasam sudah garing, sila angkat dan perah limau nipis. Siap dah boleh makan dengan nasi putih bersama sambal dan rasakan kenikmatannya. Jangan ketagih sudah.