Cara Membuat Pavlova Yang Mudah Sedap Simple Ringkas. Ada yang suka makan kek pavlova dan sedang mencari bagaimana cara membuat pavlova ? Jom saya kongsikan resepi pavlova mudah yang saya selalu guna untuk santapan seisi keluarga ketika ada masa lapang :

Resepi Dan Cara Membuat Pavlova
Cara Membuat Pavlova


Resepi Pavlova Mudah Sedap Senang Simple

Bahan untuk buat pavlova :

  1. Empat biji telur putih
  2. Dua ratus gram gula castor
  3. Dua sudu kecil tepung jagung
  4. Sedikit aisen vanila


Cara Buat Pavlova

  1. Pastikan bowl serta pemutar mixer yang hendak digunakan berada dalam kering tanpa setitik air pun..
  2. Mix telur putih,agak-agak dah berbuih sikit masukkan gula tiga peringkat.
  3. Pukul sampai jadi maringue. Means, terbalikkan bowl pun tidak jatuh adunan pavlova. Adunan putih gebu ye.
  4. Letak aisen vanila dan tepung jagung tadi..Gaul pakai senduk
  5. Masuk dalam pipping bag ndan buatlah bentuk yang anda mahukan
  6. Bakar pada suhu 150, api atas bwh selama lebih kurang empat puluh lima minit hingga satu jam.Bergantung pada oven yang digunakan. 
  7. Akhir saya mix fresh cream, paip atas pavlova dan letak buah stoberi, kiwi, mangga atau anggur.

Macamana nak tahu pavlova masak? Sila tekan pada permukaan pavlova tu, jika keras maknanya dah masak lah pavlova homeade anda. Sedikit pesanan, jangan lupa untuk pakai baking paper yang baru dan masih tida tercemar. Kalau  pakai yang dah guna, takut kaler pavlova takkan jadi warna putih bersih.