Resepi Air Limau Kasturi Asam Boi. Cuaca panas terik memang sedap kalau dapat basah kan tekak dengan air yang sejuk lagi menyegarkan. Selalu jika di luar atau kedai makan orang jual air kasturi asam boi yang pakai kasturi dan asamboi serbuk. Saya suka yang perahan jus buah limau kasturi original dan asam boi yang masin-masin gitu rasanya. Fuh, rasanya memang sedap, kaw dan meletup kebabom.

Resepi  Air Limau Kasturi Asam Boi
 Air Limau Kasturi Asam Boi


Resepi Air Limau Kasturi Asam Boi Kaw Special

Bahan untuk buat air limau kasturi asam boy :

  1. Lima biji limau kasturi (perah )
  2. Empat biji asam boy
  3. Empat sudu teh gula
  4. Air secukupnya

Cara Buat Air Limau Kasturi

Cara-cara membuat air limau kasturi asam boi :

  1. Perah limau kasturi dalam gelas
  2. Masukkan asam boi
  3. Masukkan gula
  4. Masukkan air
  5. Kacau dan seimbangkan rasa.


Yang tak suka gula boleh juga gantikan dengan stevia.Bukan setakat menyegarkan malahan turut menyihatkan  badan kita kerana banyak khasiat limau kasturi kawan-kawan.Selamat mencuba.