Resepi Air Slurpee 7Eleven

Resepi Air Slurpee 7Eleven. Hari ini mood nak kongsi resepi air sedap bulan puasa dan boleh juga dihidangkan kepada tetamu semasa hari raya. Saya dan keluarga suka minum air cordial homemade iaitu Air Fanta Hijau aka. Mereka cakap rasanya lebih kurang air slurpee 7e. Dan yang paling penting resepi slurpee 7 Eleven simple dan jimat.

Resepi Air Slurpee Fanta Hijau
Resepi Air Slurpee 7Eleven


Resepi Air Fanta Hijau Sedap Mudah Ringkas Senang

Bahan untuk buat air slurpee aka air fanta hijau :

  1. Tiga kilogram gula 
  2. Dua liter air
  3. 330 ml oren sunquick botol kecil
  4. Setengah botol pewarna hijau 
  5. Setengah botol esen pisang

Cara Buat Air Slurpee

Cara membuat air slurpee 7e aka air fanta hijau :

  1. Masak air gula hingga mendidih. 
  2. Masukkan oren sunquick serta pewarna hijau hingga mendidih. 
  3. Tutup api dan masukkan esen pisang. 
  4. Kacau bagi rata dan biarkan sampai sejuk
Sekarang sudah sedia untuk dihidangkan bersama ais ( nak kisar boleh tak nak kisar pun boleh ) ataupun minum begitu sahaja. Selamat mencuba.

No comments:

Post a Comment