Resepi Akok Kedut Sukatan Cawan

Resepi Akok Kedut Sedap Sukatan Cawan. Tadaaa siap sudah kuih akok kedut moden saya. Kalau kawan-kawan nak tahu, kuih akok kedut pandan merupakan kuih tradisi warisan turun temurun masyarakat pantai timur khususnya Terengganu dan Kelantan. Rasanya yang lembut, gebu, sedap, manis pasti akan mampu menarik perhatian sesiapa jua. Resepi akok kedut kelantan sama je kot dengan resepi akok kedut mudah yang saya pakai ini.

Resepi Akok Kedut Sedap
Resepi Akok Kedut Simple

Resepi Akok Kedut Terengganu Asli Original Tradisional

Bahan untuk membuat kuih akok kedut :

  1. Lima biji telur
  2. Satu cawan santan pekat
  3. Dua per empat cawan gula/ gula melaka/nisan
  4. Satu per empat cawan gandum
  5. Sedikit esen vanilla
  6. Tiga helai daun pandan
  7. Sedikit garam

Cara Buat Akok Kedut

Cara-cara membuat akok kedut :


  1. Masak air dengan gula nisan serta daun pandan sampai mendidih. Tutup api.
  2. Masukkan santan pekat.
  3. Tunggu adunan menjadi suam sedikit
  4. Masukan telur dan tepung.
  5. Kisar sampai sebati dan tapis
  6. Panaskan oven pada suhu 210.Panaskan acuan bahulu atau muffin ke dalamnya. Jangan lupa sapukan sedikit minyak pada setiap acuan untuk kuih akok kedut tidak melekat dan senang nak cabut.
  7. Isi penuh acuan dan bakar selama lima belas minit. 

Kuih akok kedut akan mengembang dan bila keluar oven ianya akan kembali mengecut. Selamat mencuba dah semoga bermanfaat.

1 comment:

Nour Adieb said...

sedap akok ni, pernah makan dulu 😍

Post a Comment

×