Resepi Ayam Goreng Kari Mudah Sedap Simple Ringkas

Resepi Ayam Goreng Masak Kari Mudah Sedap Simple Ringkas.  Masakan masa hadapan, tengahari nanti selepas cik abang saya dan anak-anak balik sembahyang Jumaat. Resepi ayam masak kari paling mudah ada saya selitkan di bawah :


Resepi Kari Ayam Goreng
Resepi Ayam Goreng Kari

Resepi Ayam Goreng Kari Rangup Sedap Senang Special

Bahan untuk buat ayam goreng masak kari :

  1. Satu ekor ayam
  2. Beberapa biji kentang
  3. Rempah kari daging atau ikan ( saya pakai jenama adabi )


Bahan Tumis :

  1. Bawang merah
  2. Bawang putih
  3. Bawang holland
  4. Daun kari


Bahan kisar :

  1. Halia
  2. Cili padi
  3. Bawang merah
  4. Bawang putih


Cara Buat Ayam Goreng Kari
  1. Gaul ayam dengan serbuk kunyit dan garam.
  2. Goreng ayam
  3. Potong dan goreng kentang
  4. Tumis bawang putih, bawang merah, bawang holland, serai,cili padi dan daun kari sampai naik bau
  5. Masukkan bahan kisar 
  6. Bila dah pecah minyak, masukkan rempah kari dan gaul sampai rata
  7. Perasakan dengan garam dan gula

Bila dah masak, makan bersama nasi putih. Memang sedap dan asyik. Selamat mencuba.

No comments:

Post a Comment

×