Resepi Ayam Kaprau Daun Selasih Sedap Simple Mudah. Assalammualaikum, saya tak dapat tidur malam ni. Jadi saya nak kongsikan resepi ayam kaprau selasih yang mana menggunakan daun selasih sebagai penambah aroma dalam masakan selain mempunyai rasa yang unik. Tengahari nanti boleh lah kawan-kawan cuba buat ayam kaprau selasih.

Ayam Kaprau Daun Selasih
Resepi Ayam Kaprau Daun Selasih



Resepi Ayam Kaprau Daun Selasih Mudah Senang Ringkas

Bahan untuk buat ayam kaprau daun selasih :

  1. Setengah ekor ayam
  2. Dua kiub Tomyam
  3. Satu biji bawang besar
  4. Campuran cili merah atau cili hijau atau cili padi
  5. Tiga sudu besar Sos Cili Thai
  6. Dua sudu besar kicap manis
  7. Satu sudu besar Oyster sos
  8. Seikat daun selasih

Cara Buat Ayam Kaprau Daun Selasih
  1. Ambil separuh daun selasih dan tabur atas ayam dan separuh masuk dalam masakan
  2. Tumis bawang dan cili yang telah siap dikisar
  3. Masukkn kiub tomyam.sos.oyster, sos.kicap manis.garam.ayam serta daun selasih.
  4. Gaul sampai sebati dan hingga masak
  5. Siap
Jika kawan-kawan nak buat sotong kaprau daun selasih , udang kaprau daun selasih, daging kaprau daun selasih boleh jugak guna resepi diatas. Sama sahaja cara buat tapi bahan mentah sahaja yang berbeza. Atas selera masing-masing. Selamat mencuba.