Resepi Ayam Masak Kari Mudah Sedap Simple Ringkas. Alhamdulillah, setelah sekian lama tak ayam masak kari sebab selalu tak jadi seperti kehendak tekak sendiri dan tekak cik abang saya. Namun malam ini, ayam masak kari simple tanpa santan telah berjaya menawan hati suami, tengok kuah kari ayam sahaja cik abang saya bagi sepuluh bintang, bila dah rasa dia tambah lagi lima bintang. Boleh lawan kari ayam mamak dia cakap. Anak anak pun suka, pujii masak kari sedap. Mungkin nampak biasa di mata org lain tp pujian suami dan anak-anak, membuatkan hati saya berbunga bunga dan rasa dihargai. Terima kasih cik abang dan anak-anak semua.

Resepi Ayam Masak Kari Sedap
Resepi Ayam Masak Kari


Resepi Ayam Masak Kari Tanpa Santan Simple Senang Sedap

Bahan pes untuk masak kari ayam :
  1. Dua paket kecil rempah kari Babas atau empat sudu besar rempah kasi
  2. Satu sudu besar cili kering
  3. Dua keping asam keping
  4. Satu sudu kecil gula
  5. Satu dudu kecil garam
  6. Tiga tangkai daun kari
  7. Bahan perasa sikit
  8. Satu setengah cawan air


Satukan semua bahan diatas dan kacau sampai sebati.

Cara Buat Ayam Masak Kari

  1. Panaskan minyak dan tumis bunga lawang, kayu manis, bawang besar, halia serta bawang putih sampai naik bau.
  2. Masukkan bahan pes. Kena selalu kacau jangan sampai hangit. Rempah mesti masak dengan elok.
  3. Bila dah naik minyak dan warna rempah telah berubah, masukkan santan ( api sederhana ), biarkan sampai mendidih.
  4. Masukkan ayam dan kentang
  5. Seimbangkan rasa
  6. Kacau sampai ayam dengan kentang masak.
  7. Siap.


Kalau kuah agak pekat, sila tambah setengah cawan air. Resepi ayam masak kari diatas boleh juga buat kuah kari roti canai atau makan dengan roti gardenia dan sewaktu dengannya. Memang Sedap. Sekian, selamat mencuba.