Resepi Bihun Goreng Tomyam Siam Mudah Sedap Simple

Resepi Bihun Goreng Tomyam Siam Mudah Sedap Simple Special. Mula-mula ingat nak masak bihun goreng singapura, tiba- tiba anak mintak suruh buat bihun goreng siam aka bihun goreng tom yam. Nasib baik bahan cukup untuk buat mee hoon tomyam ada, kalau tidak malas nak layan.

Resepi Bihun Goreng Siam
Resepi Bihun Goreng Tomyam



Resepi Bihun Goreng Siam Tomyam Simple Ringkas Special

Cara masak bihun goreng tomyam :

  1. Panaskan minyak dengan secukupnya dan tumis bawang putih dan merah sampai naik bau dan kekuningan. Masukkan sayur serta Bihun. 
  2. Gaul sekejap dan masukkan air secukupnya bagi melembutkan bihun. 
  3. Perasakan dengan satu pek perasa tom yam , satu kiub tomyam, sos ikan, kicap, gula dan garam secukup rasa. 
  4. Siap.

Boleh tambah bahan bahan lain seperti ayam, daging, kerang, udang, fish cake, taugeh dan sebagainya. Ikut selera masing-masing. Saya hias bersama cili api dan telur dadar serta sedikit bawang goreng.

> Resepi Mee Kuah Utara Mudah dan Sedap

No comments:

Post a Comment

×