Resepi Ikan Kembung Asam Pedas

Resepi Ikan Kembung Asam Pedas Mudah Sedap. Masak Asam pedas untuk makan malam. Sambal sardin tenghari tadi dah habis licin. Dua kali masak lah ibu hari ini.

Resepi Asam Pedas Ikan Kembung
Ikan Kembung Asam Pedas


Resepi Ikan Kembung Asam Pedas Simple Ringkas Senang

  1. Tiga ekor ikan kembung (size besar), 
  2. Bendi, 
  3. Tomato
  4. Daun kesum
  5. Air asam jawa
  6. Garam
  7. Perasa
  8. Minyak untuk tumis


Bahan kisar :

  1. Sepuluh tangkai cili kering
  2. Dua labu bawang besar(size sederhana)
  3. Empat ulas bwg putih
  4. Satu inci belacan
  5. Sedikit serbuk kunyit
  6. Setengah sudu besar lada hitam


Cara Masak Ikan Kembung Asam Pedas

Cara-cara membuat ikan kembung asam pedas
  1. Panaskan minyak
  2. Tumis bahan kisar sampai pecah minyak
  3. Masukan air asam jawa.
  4. Masukan air ( Nak pekat lebihkan, nak cair kurangkan )
  5. Bila kuah asam pedas sudah mendidih, masukan ikan, bendi dan daun kesum


Akhir sekali masukkan tomato. Perasakan dengan garam dan aji. Tutup api. Tadaaaaa. Dah siap untuk dihidangkan. Selamat mencuba.

No comments:

Post a Comment