Resepi Ikan Sardin Tin Masak Tomyam Sedap Mudah

Resepi Ikan Sardin Tin Masak Tomyam Sedap Mudah. Dulu orang kalau makan sardin mesti sebab duit tengah takde dan pokai. Tapi sekarang dah lain, siapa makan ikan sardin  dia dikira banyak duit sebab harga ikan sardin naik tiga kerat sepuluh ringgit.

Resepi Ikan Sardin Tin Masak Tomyam
Resepi Ikan Sardin Tin


Resepi Tomyam Ikan Sardin Mudah Simple Senang Ringkas

Cara Masak Tomyam Ikan Sardin :

  1. Goreng ikan sardin dulu untuk naikkan bau wangi dan agar isi jadi keras dan tak pecah.
  2. Kemudian, tumis bawang merah, bawah putih
  3. Masuk gula, kicap, garam dan cili boh
  4. Apabila masak masukkan air sukatan tin tadi
  5. Masuk ikan sardin yang telah anda goreng bersama asam keping dan daun limau purut.
Akhir, kacau sampai sebati agak-agak dah masak tutup api. Dah boleh dihidangkan. Selamat menikmati tomyam sardin.

No comments:

Post a Comment

×