Resepi Ketam Masak Lemak Cili Api Simple Sedap Mudah Ringkas. Oleh kerana sekarang musim bulan mengambang, jadi hari ini kita masak lemak ketam. Orang cakap jika bulan mengambang ketam banyak dan isi ketam penuh. Resepi ketam masak lemak sedap ada saya kongsikan dekat bawah :

Resepi Ketam Masak Lemak Simple
Resepi Ketam Masak Lemak



Resepi Ketam Masak Lemak Cili Api Negeri Sembilan

Bahan kisar untuk membuat ketam masak lemak :

  1. Dua belas biji cili api ( nak pedas lebihkan, tak suka pedas kurangkan )
  2. Satu setengah biji cili besar merah
  3. Kunyit hidup
  4. Bawang putih
  5. Bawang besar
  6. Halia
  7. Lengkuas
Cara Buat Ketam Masak Lemak

Cara-cara membuat ketam masak lemak :


  1. Tumis sampai layu bahan kisar dan masukkan serai yang telah ditumbuk.
  2. Masukkan ketam, biar sekejap untuk bagi ketam serasi dengan bahan tumisan
  3. Masukkan santan..
  4. Masukkan sedikit kiub pati ayam
  5. Ajinomoto
  6. Gula
  7. Garam
  8. Biarkan mendidih
  9. Masukkan sayur-sayuran yang anda mahu.
  10. Biarkan seketika dan tutup api.

Saya masukkan buah ceri, daun bawang serta daun saderi. Itu sahaja resepi ketam masak lemak simple dan sedap dari saya. Selamat mencuba.