Resepi Kole Kacang Sukatan Cawan Mudah Sedap. Setelah lama tidak membuat kueh kole kacang, malam tadi  saya kembali membuat kuih kole kacang tradisional untuk santapan keluarga. Kalau tak silap saya dapat resepi kuih koleh kacang dari rakan dari Terengganu. Resepi kuih kole kacang yang sedap dan simple ada saya kongsikan dibawah :

Resepi Kole Kacang Sukatan Cawan
Kole Kacang Sukatan Cawan


Resepi Kole Kacang Sedap Simple Lembut Ringkas Senang

Bahan dan cara buat  kuih kole kacang A :
  1. Dua cawn gula merah
  2. Dua cawan air
  3. Satu satu cawan gula pasir
  4. Dua helai daun pandan ( disimpul)


Satukan semua bahan A dan masak atas api sampai mendidih atau cair sepenuhnya dan tapis.

Bahan dan cara buat kuih koleh kacang B :

  1. 2 cawan tepung beras
  2. Satu setengah cawan tepung kacang hijau
  3. 1 sudu teh penuh garam
  4. Satu cawan santan pekat
  5. Dua cawan air


Masukkan semua bahan B kemudian satukan dengan bahan A. Kacau sampai rata dan sebati. Masak atas dapur sampai pekat baru tuang dalam loyang berukuran 12. Selepas itu, kukus selama dua puluh minit atau sampai masak sepenuhnya.

Cara Buat Tahi Minyak Kuih Kole Kacang

  1. Satu cawan Santan pekat
  2. Satu sudu teh garam
  3. Satu helai daun pandan


Masak pakai api perlahan sampai jadi tahi minyak. Kemudian tapis dan toskan.

Cara Buat Kole Kacang

Ambil kole kacang kukus tadi, kemudian taburkan taik minyak yang telah ditapis serta ditoskan pada permukaan kuih tersebut. Bila dah sejuk, potong dan siap untuk dihidangkan.  Selamat mencuba.