Resepi Mee Goreng Mamak Simple Sedap Kering Mudah. Mee goreng mamak asli tapi orang melayu yang goreng. Sebelum ini makan mee goreng mamak original yang kedai punya rasa sedap sangat, tapi bila buat sendiri tak jadi macam rasa mee goreng mamak basah pulak. Akhirnya saya buat sedikit kajian sendiri dan menemui rahsia mee goreng mamak iaitu letak kuah kacang atau kuah pecal dalam mee goreng mamak tersebut.

Resepi Mee Goreng Mamak Simple
Resepi Mee Goreng Mamak


Resepi Mee Goreng Mamak Sedap Mudah Ringkas Senang

Cara Buat Mee Goreng Mamak :

  1. Mee kuning tu goreng macam biasa cuma lebihkan telur ayam. 
  2. Api biar besar, biar sampai ada bau hangit sikit barulah aromanya naik.
  3. Masukkan kuah kacang atau kuah pecal dan  tauhu goreng. 
  4. Kacau sampi telur masak dan mee menjadi pekat. 
  5. Akhir sekali masukkan taugeh, sawi dan tomato. Goreng sampai masak.

Bila nak makan nanti perah limau. Perghhh memang mabeles. Rumah saya wajib ada dua bekas bila dihidang, satu yang tiada sayur untuk anak-anak dan satu lagi ada sayur untuk orang dewasa.