Resepi Nasi Beriani Telur Sedap Simple Special Ringkas

Resepi Nasi Beriani Telur Sedap Simple Special Ringkas. Hari ini mulut terasa hendak makan nasi beriani telur. Saya buat guna bahan yang ada di dapur sahaja.  Alhamdulillah menjadi, saya suami dan anak anak semua tambah. Ini saya kongsi nasi beriani telur paling ringkas dan tak susah nak buat.





Resepi Nasi Beriani Telur

Ini resepi dan cara buat nasi beriani yang saya guna Resepi Nasi Beriani Mudah Sedap Special.

Resepi Kuah Nasi Beriani Telur

Bahan untuk buat kuah beriani telur :

  1. Telur beberapa biji
  2. Bawang merah yang telah tumbuk
  3. Bawang putih yang telah tumbuk
  4. 4 sekawan
  5. Lobak atau kentang
  6. Rempah beriani
  7. Daun pudina
  8. Garam dan perasa

Cara Masak Kuah Beriani Telur

  1. Panas kan minyak
  2. Tumis bawang merah dan bawang putih bersama empat sekawan sampai naik bau
  3. Masuk kan lobak atau kentang serta rempah beriani yangg sudah di bancuh air 
  4. Tumis hingga pecah minyak, 
  5. Kemudian masuk kan garam dan perasa tunggu didih.

Akhir sekali, masuk kan daun pudina dan telur. Biarkan seketika dan siap.

No comments:

Post a Comment

×