Resepi Roti John Sardin Sedap Mudah Simple Ringkas Special. Asyik makan roti john pasar malam dan roti john bazar ramadhan je, petang ini kita buat sendiri roti john guna roti gardenia buat suami dan anak-anak tersayang. 

Resepi Roti John Sardin
Resepi Roti John


Resepi Roti John Mudah Senang Special Paling Sedap

  1. Lima keping roti
  2. Sedikit butter ( sapu pada roti )
  3. Mayonis
  4. Salad

Kalau sesiapa yang nak buat roti john cheese leleh meleleh, tambahkan sahaja cheese.

Resepi Inti Roti John 

  1. Satu tin kecil sardin
  2. Empat biji telur
  3. Satu biji bawang merah
  4. Tiga ulas bawang putih
  5. Satu sudu kecil serbuk kari
  6. Sedikit daun sup
  7. Setengah sudu kecil garam


Cara Buat Inti Roti John

Cara membuat inti roti john :
  1. Satu kan semua bahan inti roti john ke dlm mangkuk dan kacau sampai sebati.
  2. Panas kan magic pan masuk kan sedikit minyak atau butter dan masukkan inti roti john


Cara Buat Roti John

  1. Apabila  inti dah separuh masak, tindankan dengan roti yang telah anda sediakan.
  2. Tunggu sampai masak.

Bila roti john homemade sudah masak boleh lah di angkat dan hiasankan dengan cili sos, mayo, cili sos serta salad.  Sekarang, siap. potonglah roti john sardin ikut suka hati anda. Selamat mencuba