Resepi Sambal Tempoyak Ikan Bilis Dan Petai Sedap Mudah. Sambal tempoyak ikan bilis. Macam biasa petai kena meriah. Okey saya sertakan resepi tempoyak goreng sambal ikan bilis dan petai sekali. Orang pahang mesti suka kan.

Sambal Tempoyak Ikan Bilis Dan Petai
Sambal Tempoyak Ikan Bilis Petai


Resepi Sambal Tempoyak Ikan Bilis Petai Simple Ringkas

Bahan-bahan untuk buat sambal tempoyak petai ikan bilis :

  1. Ikan Bilis ( ikut suka banyak mana nak letak tapi biarlah seimbang )
  2. Dua sudu besar tempoyak 2 sudu besar
  3. Satu biji bawang besar yang siap dihiris
  4. Lima ulas bawang putih yang telah dikisar
  5. Tiga ulas bawang merah kecil yang telah dikisar
  6. Dua puluh lima biji cili padi yang sudah dikisar ( kalau tak nak pedas, sila kurangkan )
  7. Petai
  8. Garam gula sesedap rasa
  9. Minyak masak


Cara Buat Sambal Tempoyak Ikan Bilis

Cara cara membuat sambal tempoyak ikan bilis :
  1. Gorengkan ikan bilis sampai garing dan toskan
  2. Tumiskan bawang besar bersama bahan yang telah dikisar
  3. Selepas itu masukkan garam, gula dan kacau sampai sebati
  4. Masukkan tempoyak dan petai. Gaul sampai rata

Akhir sekali masukkan ikan bilis dan gaul lagi sampai sebati. Siap untuk dimakan bersama seperiuk nasi. Selamat mencuba.

> Resepi Petai Masak Sambal Kelapa Sedap