Resepi Sambal Tomato Asli Original Tradisional

Resepi Sambal Tomato Asli Original Tradisional. Petang tadi sajalah kan saya pergi berborak dengan bibik uncle chinese sebelah rumah. Saya tanyalah dia, setiap hari masa nak makan tengahari asyik bunyi lesung batu masak apa? Takkan cina suka makan smbal belacan.,pelik. Korang tahu, bibik cakap uncle suka sangat makan sambal tomato indonesia yang dia buat. Saya pun apa lagi, minta resepi sambal tomato jawa dan cargas masuk dapur dan buat sambal tomato sendiri ikut cara-cara yang telah bibik bagitahu. Kawan-kawan yang teringin makan sambal tomato boleh lah cuba buat. Sedap, saya sendiri makan sampai dua pinggan.

Resepi Sambal Tomato Paling Sedap
Resepi Sambal Tomato Paling Sedap


Resepi Sambal Tomato Sedap Mudah Simple Ringkas Senang

 Bahan untuk buat sambal tomato :


  1. Cili padi
  2. Cili besar
  3. Dua biji tomato
  4. Tiga biji bawang putih
  5. Tiga biji bawang merah
  6. Segengam bilis
  7. Sedikit belacan (nak letak boleh, tak nak letak pun boleh)
  8. Sedikit gula dan garam

Cara Buat Sambal Tomato

Cara cara membuat sambal tomato :

Bahan-bahan tadi potong kecil- kecil kemudian goreng dengan sedikit minyak. Apabila sudah agak layu, bolehlah tumbuk pakai lesung batu. Nak sampai lumat ke tak lumat ke terserah. Ikut selera masing-masing. Sekarang, siap.Dah boleh makan dengan nasi biasa, nasi arab, ayam penyet dan yang sewaktu dengannya. Oh ya, kalau nak tambah ikan bilis pun okey je. Selamat mencuba.

No comments:

Post a Comment

×