Resepi Singgang Ikan Tongkol Sedap Simple Mudah Ringkas

Resepi Singgang Ikan Tongkol Sedap Simple Mudah Ringkas. Lidah terasa nak hirup makanan pedas campur masam, jadi selepas bertarung di dapur dengan semangat Pahlawan Mat Kelantan maka terhasil lah singgang ikan tongkol.

Resepi Singgang Ikan Tongkol Sedap
Resepi Singgang Ikan Tongkol


Resepi Ikan Tongkol Singgang Mudah Senang Sedap

Ni saya buat untuk lima keping ikan tongkol :
  1. Satu biji bawang besar (hiris)
  2. Lima biji bawang putih (hiris)
  3. Satu inci halia
  4. Satu inci lengkuas
  5. Satu batang serai (titik/ketuk)
  6. Lima batang cili padi
  7. Empat keping asam
Cara Masak Singgang Ikan Tongkol

  1. Renehkan halia, kunyit dan serai dulu bagi warna dan bau dia keluar sebab lagi lama reneh lagi banyak khasiat kuah ikan singgang.
  2. Lepas dah reneh baru masukkan ikan tongkol, bawang dengan asam keping
  3. Bila dah mendidih masukkan cili, bendi. garam dan perasa.

Kalau nak letak gula boleh je, saya tak letak sebab bendi dan ikan tongkol pun dah rasa manis. Atas selera masing-masing.

> Resepi Ikan Singgang Pedas Terengganu Original

No comments:

Post a Comment

×