Resepi Solok Lada Kukus Kelantan Asli Original Tradisional.  Salah satu menu masakan hari jumaat di rumah saya, solok lada kukus. Siapa yang pernah makan nasi kerabu pasti tahu kenikmatan solok lada. Tapi ada juga sesetengah orang panggil sarok lada. Tak kisahlah yang mana-mana satu asalkan sedap sudah, ye tak. Saya dapat resepi solok lada mudah dari mak saudara kawan sepejabat yang tinggal di Kota Bharu. Saya sertakan resepi lada solok kelantan :
Resepi Solok Lada Kukus
Resepi Solok Lada Simple



Resepi Solok Lada Kelantan Original Warisan Turun Temurun

Bahan untuk resepi solok lada sedap :

  1. Semangkuk isi ikan selayang
  2. Semangkuk kelapa muda parut ( ambil isi putih sahaja )
  3. Tiga hingga empat biji bawang merah
  4. Garam
  5. Lada hitam
  6. Setengah cawan santan

Cara Buat Solok Lada

Cara-cara membuat solok lada :

  1. Belah dada cili solok dan asingkan seketika
  2. Tumbuk bawang merah dan lada hitam sampai lumat
  3. Masukkan isi ikan dengan garam secukup rasa, sambung tumbuk
  4. Masukkan pula  kelapa parut dan tumbuk lagi.
  5. Agak dah lumat, inti solok lada ke dalam perut cili solok
  6. Susun lada solok dalam periuk dan tuang setengah cawan santan pekat.
  7. Kukus menggunakan api sederhana sampai masak.

Lupa pula nak pesan yang masa potong perut lada solok, jangan belah sampai habis tau bimbang tak menjadi. Selamat mencuba.