Resepi Tepung Gomak Terengganu Asli Original Tradisional

Resepi Tepung Gomak Terengganu Asli Original Tradisional Sukatan Cawan.  Tempat anda panggil apa kuih tradisional turun temurun warisan orang kita yang sedap lembut dan lemak manis ni? Jom saya kongsikan resepi tepung gomak simple dan mudah, pakai sukatan cawan :

Resepi Kuih Tepung Gomak Lembut
Resepi Kuih Tepung Gomak Terengganu

Resepi Tepung Gomak Sukatan Cawan Sedap Lembut Lemak

Berikut merupakan bahan-bahan untuk membuat kuih tepung gomak :

Resepi Kulit Tepung Gomak
  1. 150 gram tepung pulut
  2. Setengah cawan air
  3. Garam secukup rasa


Cara Buat Kulit Tepung Gomak

  1. Uli tepung yang telah dicampur dengan sedikit garam. 
  2. Ketika uli, masukkan air sedikit demi sedikit sampai menjadi doh dan tidak melekat pada tangan.
  3. Bentukkan bulat sebesar bola ping pong dan leperkan sedikit 


Resepi Tepung Gomak Inti Kelapa

  1. Dua cawan kelapa parut
  2. Setengah cawan gula merah
  3. Dua cawan gula pasir
  4. Satu per empat cawan air

Cara Buat Inti Tepung Gomak

  1. Satukan semua bahan di dalam kuali. Masak sampai air kering.Asingkan dan sejukkan
  2. Kemudian, bentuk bulat inti tepung gomak untuk mudah letak atas doh ( kulit )


Bahan Sadur 

  1. 75 gram kacang hijau yang telah digoreng tanpa minyak sampai keperangan, dikisar serta diaya.
  2. Boleh juga pakai tepung kacang hijau yang tersedia jual di pasaran


Cara Buat Tepung Gomak

Cara-cara membuat tepung gomak :

  1. Panaskan air dalam periuk sampai mendidih.
  2. Ambil doh dan letak inti di tengah, kemudian bulatkan kembali.
  3. .Masukkan kuih tepung gomak dan tunggu sampai timbul.
  4. Toskan.

Akhir sekali, sadur kuih tepung gomak dengan kacang hijau yang telah anda goreng,kisar dan ayak tadi. Lepas toskan terus sadur tau, jangan tunggu lama-lama sangat. Selamat mencuba. 

No comments:

Post a Comment